Sunday, July 12, 2009

Job Vacancy - Sales Executive (Diagnostic & Medical)

Utas Maju Sdn Bhd

We were established in 1993, serving a wide range of clients from the smallest healthcare centers to the largest government hospitals nationwide. We are a Bumiputra Status company. As the SOLE AGENT and DISTRIBUTOR of few well-known brands in healthcare and medical services, it is our objective to provide our customer the best products and services to our valued customers. We operate in Temasya Industrial Park, Shah Alam with about 18 staff but growing rapidly.

We are currently seeking qualified applicants for the following immediate position:
SALES EXECUTIVE (DIAGNOSTIC & MEDICAL)
(Selangor - Shah Alam - 2 positions)

For more information and to download the PDF file, click here.

Read more...

Job Vacancy - Application Specialist (Medical)

Utas Maju Sdn Bhd

We are established in 1993, serving a wide range of clients from the smallest healthcare centres to the largest government hospital nationwide. We are a Bumiputra Status company. As the SOLE AGENT and DISTRIBUTOR of few well-known brands in healthcare and medical services, it is our objective to provide our customer the best products and services to our valued customers. We operate in Temasya Industrial Park, Shah Alam with rapid growing pace.

We are currently seeking qualified applicants for the following immediate position;

APPLICATION SPECIALIST(MEDICAL)

(Selangor - Glenmarie, Shah Alam)

For more information and to download the PDF file, click here.

Read more...

Thursday, April 2, 2009

Menyatukan 3 kelompok Ahli Bioperubatan melalui Persatuan

Semasa di tahun 1, mungkin sebahagian daripada kita beranggapan bahawa kerjaya sebagai graduan bioperubatan hanya sebagai Pegawai Sains di hospital-hospital kerajaan atau swasta. Tetapi segelintir yang lain sedar bahawa banyak peluang kerjaya yang lain. Maka, apakah peluang yang wujud? Terdapat 3 kelompok utama sebagai ahli bioperubatan.


AHLI KLINIKAL

Pegawai sains di hospital-hospital kerajaan atau swasta di bawah kelompok ini. Ahli klinikal mengendalikan makmal-makmal diagnostik di hospital seperti makmal mikrobiologi, biokimia, histology, kaji darah, bank darah dan lain-lain. Tanggungjawabnya besar bagi memastikan diagnosis yang tepat dan apakah diagnosis lanjutan atau rawatan yang sesuai bagi sesuatu kes.
Pra-siswazah lazimnya ditempatkan di hospital kerajaan atau swasta ketika latihan praktikal.

Malangnya, tidak ramai pun dari kalangan pelajar yang ditempatkan di makmal-makmal diagnostik hospital. Mungkin ini menjadi sebab bahawa khabar angin turun temurun mengatakan graduan bioperubatan tiada kerja. Lagipun ramai antara graduan yang tidak mahu menunggu sehingga beberapa tahun untuk dipanggil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagi yang pernah menjalani latihan praktikal atau sedang bekerja di makmal-makmal hospital mungkin sedar bahawa jikapun mendapat tempat sebagai pegawai sains, kenaikan pangkat dan gaji sukar dicapai. Mengapa? Apakah kenaikan pangkat tertinggi dalam sektor kerajaan? Sedangkan Ketua Jabatan bagi makmal-makmal pun kebanyakannya dimonopoli oleh doktor (MBBS). Jadi bagaimanakah seorang ahli bioperubatan dapat merangka prospek kerjaya di masa hadapan.

Jawatan Pegawai Sains Bioperubatan sudah pun wujud di beberapa hospital. Tetapi, perkara ini perlu diteliti dan menjadi peranan semua graduan bioperubatan untuk menggilap profesyen ini. Apa yang penting adalah menjadikan jawatan ini sebagai aset utama pentadbiran hospital. Maka ahli klinikal inilah yang perlu bersatu untuk menyuarakan bagaimana mahu ditempatkan bakal-bakal ahli bioperubatan di jawatan yang sepatutnya. Ini bermaksud, jika doktor, jururawat dan beberapa ahli sains kesihatan yang lain dapat melaksanakan ‘internship’, maka mungkin bakal ahli bioperubatan juga dapat diusahakan demikian.

AHLI AKADEMIK

Sehingga kini, pensyarah atau pengajar di universiti, kolej universiti atau kolej kesihatan menjadi pilihan utama bagi graduan-graduan bioperubatan. Mengapa? Kerana tidak mahu menunggu jawatan kosong melalui JPA mungkin. Gaji? Sudah tentu sebagai ahli akademik dan ahli klinikal mementingkan kenaikan pangkat. Ini juga perlu dengan pencapaian akademik seseorang itu. Jika tidak menyambung ijazah lanjutan sehingga mendapat doktor falsfah (PhD), tidak mungkin seseorang mendapat kenaikan pangkat.

Tetapi, tidak juga. Ada segelintir yang berhasrat untuk hidup dalam dunia penyelidikan. Maka mana mungkin pensyarah bioperubatan yang tidak menjalankan penyelidikan. Sesetengah pula memang berminat untuk meneruskan kajian penyelidikan kerana tiada seorang pun di kalangan graduan bioperubatan yang tidak pernah menjalankan penyelidikan.

Walaupun begitu, adakah graduan bioperubatan hanya layak untuk menjadi seorang ahli akademik sahaja kerana ramai yang memilih peluang ini? Mungkin satu survei boleh dibuat tentang mengapa ramai yang memilih kerjaya sebagai ahli akademik dan apakah pencapaian ahli akademik sekarang. Dengan ini, barulah kita jelas keperluan sebenar ahli bioperubatan itu.

AHLI INDUSTRI

Bagi yang tidak berminat untuk bekerja di sektor hospital dan akademik, kerjaya di industri berkaitan dengan bioperubatan sangat luas. Mungkin segelintir tidak berminat untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan, mungkin ada yang berminat salah seorang ahli industri. Bagi yang ingin mencapai kekayaan dalam hidup, bidang industri bioperubatan adalah medannya.

Tetapi, graduan bioperubatan tidak pun didedahkan mengenai perniagaan. Walhal, ada juga yang sudah membuka syarikat sendiri dan paling tidak pun berada dalam pengurusan tertinggi syarikat. Menjadi seorang ahli industri, berbagai-bagai peluang yang diperolehi. Gaji? Kita tentukan sendiri kerana di bidang industri prestasi adalah perkara penting. Jika prestasi diri tinggi, maka kenaikan gaji, bonus atau pelbagai elaun boleh dikecapi.

Walaupun ahli industri boleh dikatakan ahli bioperubatan yang terkaya berbanding ahli klinikal dan ahli akademik, hubungan antara ketiga-tiga kelompok ini perlu erat. Kerana setiap kelompok saling memerlukan.

Justeru, melalui persatuan semua kelompok ahli bioperubatan ini boleh disatukan.

  • Ahli klinikal memerlukan ahli akademik untuk membina insan bioperubatan dan ahli industri untuk membekalkan bahan-bahan makmal.
  • Ahli akademik memerlukan ahli klinikal untuk perkongisan idea tentang teknik-teknik makmal terkini dan memerlukan ahli industri sebagai penaja utama dalam program-program yang dijalankan.
  • Ahli industri memerlukan ahli klinikal untuk mengetahui keperluan terkini dalam makmal dan ahli akademik untuk membimbing pelapis yang akan menerajui syarikat mereka.
Akhirnya, jika ketiga-tiga kelompok ini dapat disatukan, apa sebenarnya yang ahli bioperubatan peroleh? KUASA. Apa perlunya kuasa pula? Kita lihat persatuan yang paling berpengaruh di Malaysia iaini CUEPACS. Satu contoh sahaja sudah cukup untuk kita lihat bagaimana kongres ini dapat menekan para pemimpin dan sesiapa sahaja untuk memenuhi permintaan mereka walaupun tidak semua dipenuhi. Dengan itu, mungkinkah ahli bioperubatan juga akan berkuasa seperti CUEPACS?

Cakap sahaja mahu apa. Mahu kenaikan gaji? Mahu kenaikan pangkat? Mahu mewujudkan Akta Sains Kesihatan? Mahu segalanya? PERSATUAN ITU ADALAH SUARA

~Ilmu memimpin~
www.bioperubatan.blogspot.com

Read more...

SIMPOSIUM SAINS BIOPERUBATAN UKM 2009


Pada 21 mac 2009 yang lalu, Sekretriat Akademik dengan kerjasama Sekretriat Hal Ehwal Luar dan Alumni Kelab Sains Bioperubatan UKM telah menganjurkan satu program yang bercorak akademik iaitu Simposium Sains Bioperubatan UKM 2009 (SSB UKM). Program tersebut bertempat di UKM , Kampus Kuala Lumpur.

Antara objektif penganjuran program ini ialah untuk :

a) Melatih mahasiswa/i UKM untuk tampil lebih yakin dan berketrampilan dalam komunikasi.
b) Menggalakkan pembangunan sahsiah dan komunikasi secara berkesan.
c) Merapatkan hubungan di kalangan mahasiswa/I UKM dalam berorganisasi supaya kecemerlangan dalam akademik adalah seimbang dengan penglibatan mereka dengan aktiviti-aktiviti luar.

Tidak seperti tahun yang sebelumnya, simposium kali ini diadakan hanya satu hari sahaja dan melibatkan penyertaan peserta-peserta dari universiti-universiti lain juga seperti Universiti Putra Malaysia(UPM) , Universiti Malaya (UM) dan juga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seramai 7 orang peserta dari UM, 27 orang peserta dari UPM dan 38 orang peserta dari UIAM telah menghadiri simposium ini. Banyak pengisian yang menarik yang telah diadakan oleh organisasi simposium pada tahun ini. Diantaranya adalah pertandingan pembentangan tesis oleh plajar-pelajar tahun akhir Sains Bioperubatan UKM,sesi ceramah bersama pensyarah Jabatan Sains Bioperubatan iaitu Prof. Madya Dr.Rohi Ghazali dan perjumpaan Bioperubatan IPTA.

Pertandingan Pembentangan Tesis bermula tepat jam 08.30 pagi, memperlihatkan persaingan di antara 14 orang peserta pertandingan dengan tajuk tesis yang menarik dan boleh diketengahkan.Pertandingan ini disertai oleh pelajar dari UKM sahaja. Di antara tajuk-tajuk tesis yang dipertandingkan ialah ‘Kerentanan acanthamoeba spp yang dipencilkan daripada specimen klinikal dan persekitaran terhadap antimicrobial titisan mata’ , ‘Pengkulturan Sel Anulus Fibrosus 3 sel nucleus pulposus bagi pembentukan intervertebral disk (IVD) dengan kejuteraan tisu’ , “Pengesanan aktiviti agen antibakteria melalui ekstrak peptide dan ekstrak air Rafflesia Cantleyi Solm-Caubach dan banyak lagi.
Pertandingan ini tamat pada pukul 11.45 pagi. Majlis terus berlangsung dengan perasmian dan penyampaian hadiah oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB), Prof.D r Norhani Mohidin. Pemenang bagi pertandingan pembentangan tesis ialah Shirley Tan Gee Hoon yang memenangi tempat pertama,manakala tempat kedua disandang oleh Manira binti Maarof dan tempat ketiga dimiliki oleh Saw Chee Wei.

Seusai tamat pertandingan, majlis perasmian berlangsung. Simposium Sains Bioperubatan UKM 2009 ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu iaitu Prof. Dr. Norhani Mohidin. Dalam ucapannya, beliau telah memberi semangat kepada mahasiswa/I untuk terus memperkembang kemahiran ‘soft skill’ dalam diri agar kebolehpasaran graduan Sains Bioperubatan adalah tinggi serta mampu bersaing dengan mana-mana jurusan sains dalam mendapat tempat dalam bidang masing-masing. Majlis diserikan dengan tayangan multimedia, penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Pembentangan Tesis, dan cenderamata kepada para juri pertandingan.

Program SSB UKM berhenti sementara untuk rehat,makan tengah hari dan solat Zuhur. Pada waktu ini, mahasiswa/I UPM dan UIA dibawa melawat sekitar UKM kampus KL oleh Exco Perhubungan SSB UKM.

Pada pukul 2.00 petang, program diteruskan lagi dengan mesyuarat Kelab Sains Bioperubatan yang dihadiri oleh wakil-wakil dari UKM,UPM,UM,dan UIAM. Tidak ketinggalan juga wakil Persatuan Sains Bioperubatan Se-Malaysia (PSBSM) iaitu Setiausaha Agung PSBSM,Cik Hafizah Ariff turut mengambil inisiatif untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut berlangsung di Dewan Kuliah 4, UKM KL. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai usaha-sama di antara universiti.
Mesyuarat dimulakan dengan pertunjukkan ‘slide’ organisasi Kelab Sains Bioperubatan UKM sesi 2009. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari wakil Persatuan Sains Bioperubatan Malaysia, Mohd Jauhari, pelajar tahun Empat Sains Bioperubatan, UKM. Dalam ucapannya, beliau menyatakan graduan Sains Bioperubatan boleh mnceburi bidang klinikal, industri dan perkhidmatan. Beliau turut menegaskan bahawa hubungan erat antara universiti dan agensi luar memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha mengenengahkan Sains Bioperubatan secara amnya dan potensi pelajar tersebut secara khususnya. Banyak cara yang boleh digunakan untuk merapatkan hubungan dengan mengadakan kerjasama dalam merangka program dan juga boleh melibatkankan diri dalam program yang dianjurkan oleh agensi luar yang berkaitan. Beliau turut menyatakan kepentingan Persatuan Sains Bioperubatan Malaysia. Selain mengumpulkan Alumni Sains Bioperubatan , ia turut berperanan untuk menjaga kebajikan graduan Sains Bioperubatan dan juga memberi maklumat serta galakan kepada bakal graduan.


Perjumpaan tersebut turut diserikan dengan ucapan dari Setiausaha Agung Persatuan Sains Bioperubatan Malaysia, Cik Hafizah Ariff. Beliau turut menyatakan pandangan yang sama mengenai kepentingan Persatuan Sains Bioperubatan malah turut berbangga atas usaha yang dilakukan untuk mengumpulkan Kelab-kelab Sains Bioperubatan dari universiti-universiti yang berlainan dan duduk berbincang dalam merancang aktiviti bersama. Perjumpaan diteruskan dengan menjemput Presiden Kelab Bioperubatan universiti masing-masing untuk mengutarakan pendapat dan cadangan masing-masing dalam merancakkan lagi hubungan antara mahasiswa/I Bioperubatan dengan merancang aktiviti usahasama yang bakal dijalankan. Perkara yang dibincangkan adalah mengenai perancangan program yang melibatkan penglibatan semua universiti secara langsung. Banyak idea bernas dicadangkan, antaranya ialah Hari Kerjaya, Hari Intravarsiti, Simposium Sains Bioperubatan, Jambori , dan Kem Kepimpinan Bersama.
Setelah pendapat demi pendapat diutarakan untuk setiap perancangan, kesemua wakil telah sepakat ingin mengadakan Simposium dan Hari Kerjaya Sains Bioperubatan sebagai langkah awal usahasama interuniversiti dan UPM telah dipilih menjadi tuan rumah untuk program tersebut pada tahun hadapan. Kemudian akan disusuli oleh UIAM,UM dan akhir sekali UKM sebagai tuan rumah.

Serentak pada masa yang sama, peserta-peserta yang tidak terlibat dengan Perjumpaan Bioperubatan IPTA pula dijemput untuk menghadiri satu ceramah yang bertajuk ‘Hala Tuju Graduan Sains Bioperubatan’ yang disampaikan oleh pensyarah dari Jabatan Sains Bioperubatan UKM iaitu PM Dr Ahmad Rohi Ghazali. Melihat kepada respon para peserta, ceramah tersebut sangat menarik dan banyak informasi boleh diperolehi menerusi sesi soal jawab di akhir ceramah. Program di akhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar bersama peserta universiti lain.

Diharap dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar-pelajar Sains Bioperubatan walaupun berlainan tempat menuntut ilmu.Selain itu, melalui program ini dapat membuka mata para peserta mengenai Sains Bioperubatan dan masa depan Sains Bioperubatan. Semoga semua usaha-sama yang telah dirancang dan dibincangkan semasa mesyuarat menjadi kenyataan dan mampu menjadi satu wadah dalam usaha memartabatkan profesion Sains Bioperubatan serta membuka satu jalan ke arah kecemerlangan bersama. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada semua peserta dari IPTA lain iaitu UM,UIAM, dan UPM . Kehadiran anda semua telah memeriahkan lagi program Simposium Sains Bioperubatan UKM 2009 ini. Tidak lupa juga kepada organisasi dan peserta dari UKM. Jasa anda amat dihargai. Semoga berjumpa lagi pada program yang akan datang, Simposium dan Hari Kerjaya Sains Bioperubatan.


Mahasiswa-mahasiswi Sains Bioperubatan UKM, UM, UIA, dan UPM

~Salam Ukhwah~.

Disediakan oleh,
Nur Nadia Mohd Sori
Exco Hal Ehwal Luar dan Alumni KSB UKM

Read more...

Thursday, February 5, 2009

Kejuruteraan Tisu melalui Perspektif Sains Bioperubatan

Kejuruteraan tisu merupakan satu bidang baru yang telah berkembang kira-kira 10 tahun yang lalu, ia melibatkan gabungan prinsip-prinsip teknologi kejuruteraan dan sains hayat ke arah pembangunan gantian biologi yang memberikan keutamaan dalam memperbaharui, mengekalkan, atau memperbaiki fungsi tisu atau sesuatu organ tubuh. Pendekatan kejuruteraan tisu dalam bidang perubatan diperkenalkan atas alasan, fenomena jangka masa menunggu yang lama untuk pesakit mendapatkan penderma dan juga kekurangan penderma organ atau tisu. Gantian tisu bagi tujuan regenerasi kulit telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang pada pesakit yang mengalami masalah atau kecederaan tisu kulit. Namun begitu, banyak cabaran masa hadapan yang perlu dilalui di samping banyak kajian lanjut perlu dilakukan lagi dalam semua aspek kejuruteraan tisu

Sains bioperubatan merupakan bidang yang memberi tumpuan terhadap penyelidikan perubatan dan aplikasi pengetahuan biologi serta teknik dalam aspek peningkatan mutu kesihatan. Keadaan ini menarik perhatian banyak pihak dalam pembiayaan penyelidikan terhadap sesuatu kajian dalam aspek kesihatan lebin-lebih lagi keupayaan bidang sains bioperubatan terhadap pemahaman, diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit yang amat memberangsangkan. Perubatan genetik merupakan satu bidang bioteknologi yang berasaskan genomik iaitu kajian terhadap gen dan fungsinya terhadap kesihatan dan penyakit. Aplikasi pengetahuan khususnya dalam bidang biologi, kimia, fisiologi, patologi dan fizik seterusnya dapat membantu modifikasi terhadap gen spesifik yang boleh menghalang kewujudan sesuatu penyakit yang berbahaya seperti kanser.

Kepakaran dalam bidang genomik, proteomik, kajian terhadap mekanisma molekular dan biobahan khususnya menunjukkan perkembangan yang pesat dalam aspek bioperubatan. Sains bioperubatan boleh dikatakan sebagai satu cabang ilmu yang telah diaplikasi dan dimodifikasikan dalam bidang kejuruteraan tisu demi mencapai matlamatnya dalam bidang perubatan moden kini.

Read more...

KERJAYA DALAM BIDANG SAINS BIOPERUBATAN

‘Bidang Sains Bioperubatan adalah bidang yang berteraskan Sains Kesihatan dan menyiapkan individu sehingga membolehkannya berfungsi sebagai salah satu anggota pasukan yang turut terdiri daripada doktor perubatan dan teknologis yang bekerjasama untuk menghasilkan keputusan yang diperlukan untuk menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Selain mahir menggunakan peralatan makmal, seseorang graduan Sains Bioperubatan juga boleh mengurus makmal diagnostik, perniagaan dan perindustrian.’
(Panduan Prasiswazah, FSKB (UKM), 2004)

Petikan di atas adalah merujuk kepada kerjaya sebenar bagi seorang graduan Sains Bioperubatan iaitu sebagai Pegawai Sains atau Pegawai Penyelidik yang boleh bekerja di sektor awam dan swasta seperti di hospital, universiti, institut penyelidikan seperti IMR & FRIM, makmal kesihatan awam, private laboratory seperti BP Healthcare, Pathlab Healthcare dan BP Clinical Lab dan sebagainya. Ini kerana para graduannya telah didedahkan kepada pelbagai ilmu pengetahuan seperti Anatomi, Fisiologi, Entomologi Perubatan, Parasitologi Perubatan, Mikrobiologi, Patologi, Genetik, Biokimia, Farmakologi, Imnunologi dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, kerjaya dalam bidang ini tidak hanya terhad kepada dua jenis kerjaya tersebut. Berbeza dengan program lain seperti program Optometri atau program Audiologi, Sains Bioperubatan adalah satu bidang yang luas iaitu ia tidak memfokus kepada satu disiplin sahaja. Ini memudahkan para graduannya untuk bekerja di pelbagai sektor yang memerlukan kepakaran dan khidmat mereka. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

  1. Pegawai R&D di KIST, Masterskill atau IPTS yang lain (dalam pembangunan kurikulum / silibus Sains Kesihatan.
  2. Pembantu penyelidik di universiti (yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam master by research)
  3. Tutor/pensyarah di kolej PTPL, KIST, Masterskill, Mahsa atau IPTS yang lain
  4. Underwriter di Prudential, Great Eastern
  5. Eksekutif pemasaran (peralatan makmal) di syarikat-syarikat pembekal peralatan makmal
  6. Journalist, Utusan Melayu Malaysia Berhad
  7. Tutor di universiti awam (yang mempunyai PNGK yang baik)

Namun tidak dinafikan, persaingan dalam pasaran kerja amatlah mencabar. Oleh itu, para bakal graduan hendaklah melengkapkan diri mereka dengan sebaik mungkin dalam pelbagai aspek bukan sahaja dalam ilmu pengetahuan malah kemahiran berkomunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris, penampilan diri yang baik dan keyakinan diri yang tinggi haruslah diberi perhatian.

Read more...

Friday, January 30, 2009

PENDAFTARAN PERSATUAN BIOPERUBATAN

22/1/2009: Permohonan penubuhan Persatuan Sains Bioperubatan telah dibuat di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Negeri Selangor di Bangunan MPSA. Tiga orang Ahli Mesyuarat Protem bersama seorang lagi bekas pelajar Sains Bioperubatan dari UKM telah bersama-sama menyerahkan semua dokumen untuk pendaftaran. Individu terbabit adalah;

  1. Dr Mohamad Aris b Mohd Moklas (Presiden)
  2. Hafizah Ariff (Setiausaha Agung)
  3. Mohd Jauhari b Razali (Ahli Mesyuarat Protem)
  4. Nor Shafurah Mohd Shah

Perlembagaan bagi Persatuan Sains Bioperubatan telah dirangka pada Mesyuarat Protem, 13 Disember 2008. Dalam meyuarat ini, satu Jawatankuasa telah dibentuk:

Presiden : Dr. Mohamad Aris B Mohd Moklas
Timbalan Presiden : Hj. Uttaman B Abdullah
Setiausaha Agung : Hafizah Bt Ariff
Penolong Setiausaha Agung : Mohd Hasrul Adzhar Hassan
Bendahari : Musilawati Bt Muhajir

Ahli Jawatankuasa : Hairol Azman Mohd Yusop
Ahli Jawatankuasa : Dr. Khairol b Osman
Ahli Jawatankuasa : Arimi Fitri
Ahli Jawatankuasa : Heo Chong Chin, 丘忠君
Ahli Jawatankuasa : Supriyani Bt Mustamin
Ahli Jawatankuasa : Rd.Aidifitrina Khirotdin
Ahli Jawatankuasa : Tan Choon Heen, 陈俊轩
Ahli Jawatankuasa : Noraziah Nordin
Ahli Jawatankuasa : Noor Rayhan Paisan
Ahli Jawatankuasa : Nor Afifi Bt Razaob @Razab
Ahli Jawatankuasa : Hasnizawati Bt Mohamed Dahlan
Ahli Jawatankuasa : Hasnah bt Bahari
Ahli Jawatankuasa : Nursakinah Isemaail
Ahli Jawatankuasa : Norhisham Bin Haron
Ahli Jawatankuasa : Ahmad Azri b Mohamad
Ahli Jawatankuasa : Mohd Fuad b Rahmat Sam

Sebulan selepas tarikh ini, iaitu pada 22/2/2009, Persatuan akan mendapat seorang pegawai dari ROS untuk menyelia dan membetulkan segala maklumat untuk pengesahan pertubuhan. Jangkaan untuk mendapat Sijil Pendaftaran Pertubuhan adalah 4 bulan dari tarikh pendaftaran iaitu pada bulan Jun 2009. Selepas mendapat Sijil Pendaftaran Pertubuhan, Persatuan Bioperubatan Malaysia akan menjadi sebagai satu persatuan SAH. Dengan itu, Mesyuarat Agung yang pertama Persatuan akan berlangsung selepas mendapat sijil.

Semasa, satu borang keahlian tidak rasmi akan dikeluarkan untuk menarik semua bekas pelajar Sains Bioperubatan seluruh Malaysia yang berminat untuk menyertai Persatuan. Pada awal bulan Mac, mesyuarat susulan protem akan diadakan. Dengan ini, saya menjemput semua senior-senior Bioperubatan seluruh Malaysia untuk menghadiri mesyuarat ini. Makluman mesyuarat pada bulan Mac nanti akan dihebahkan sebelum mesyuarat berlangsung.

‘Impian tidak akan menjadi realiti tanpa tindakan, jadikan impian itu suatu kenyataan’.
(Joe 716)

Read more...

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP