KERJAYA DALAM BIDANG SAINS BIOPERUBATAN
‘Bidang Sains Bioperubatan adalah bidang yang berteraskan Sains Kesihatan dan menyiapkan individu sehingga membolehkannya berfungsi sebagai salah satu anggota pasukan yang turut terdiri daripada doktor perubatan dan teknologis yang bekerjasama untuk menghasilkan keputusan yang diperlukan untuk menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Selain mahir menggunakan peralatan makmal, seseorang graduan Sains Bioperubatan juga boleh mengurus makmal diagnostik, perniagaan dan perindustrian.’(Panduan Prasiswazah, FSKB (UKM), 2004)
Petikan di atas adalah merujuk kepada kerjaya sebenar bagi seorang graduan Sains Bioperubatan iaitu sebagai Pegawai Sains atau Pegawai Penyelidik yang boleh bekerja di sektor awam dan swasta seperti di hospital, universiti, institut penyelidikan seperti IMR & FRIM, makmal kesihatan awam, private laboratory seperti BP Healthcare, Pathlab Healthcare dan BP Clinical Lab dan sebagainya. Ini kerana para graduannya telah didedahkan kepada pelbagai ilmu pengetahuan seperti Anatomi, Fisiologi, Entomologi Perubatan, Parasitologi Perubatan, Mikrobiologi, Patologi, Genetik, Biokimia, Farmakologi, Imnunologi dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, kerjaya dalam bidang ini tidak hanya terhad kepada dua jenis kerjaya tersebut. Berbeza dengan program lain seperti program Optometri atau program Audiologi, Sains Bioperubatan adalah satu bidang yang luas iaitu ia tidak memfokus kepada satu disiplin sahaja. Ini memudahkan para graduannya untuk bekerja di pelbagai sektor yang memerlukan kepakaran dan khidmat mereka. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
- Pegawai R&D di KIST, Masterskill atau IPTS yang lain (dalam pembangunan kurikulum / silibus Sains Kesihatan.
- Pembantu penyelidik di universiti (yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam master by research)
- Tutor/pensyarah di kolej PTPL, KIST, Masterskill, Mahsa atau IPTS yang lain
- Underwriter di Prudential, Great Eastern
- Eksekutif pemasaran (peralatan makmal) di syarikat-syarikat pembekal peralatan makmal
- Journalist, Utusan Melayu Malaysia Berhad
- Tutor di universiti awam (yang mempunyai PNGK yang baik)
Namun tidak dinafikan, persaingan dalam pasaran kerja amatlah mencabar. Oleh itu, para bakal graduan hendaklah melengkapkan diri mereka dengan sebaik mungkin dalam pelbagai aspek bukan sahaja dalam ilmu pengetahuan malah kemahiran berkomunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris, penampilan diri yang baik dan keyakinan diri yang tinggi haruslah diberi perhatian.
23 comments:
apakah bidang kerja pegawai sains bioperbutan dalam hospital?
sebagai graduan daripada bidang sains perubatan boleh menjadi pensyarah di matrikulasi? jika boleh, bagaimana memohon?
Sekadar berkongsi pengetahuan:
1. Pegawai sains bioperubatan di hospital mempunyai tanggungjawab untuk menyelidik bahan2 diagnosis doktor kepada pesakit yang di hantar ke makmal. Contohnya: sekiranya ada pesakit yang mempunyai ketumbuhan sel/tisu abnormal, doktor akan hantar sel/tisu tersbut ke makmal untuk penyelidikan menyeluruh.
2. Pada masa ini, semua pensyarah universiti sama ada matrikulasi ataupun siswazah hendaklah mempunyai sijil sarjana (masters). Bagi yang mempunyai sarjana muda,biasanya boleh memohon tetapi akan dihantar untuk membuat sijil sarjana di bawah biasiswa pusat berkenaan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik saudara/i bertanyakan kepada pusat matrikulasi yang berkenaan kerana setiap pusat matrikulasi mempunyai program pengambilan pensyarah mereka sendiri.
salam...syer ingin tahu..,adakah dalam kursus bioperubtan diajar tentang penyelidikan tumbuhan/sel tumbuhan?
adakah bidang ini sama dgn bioteknologi???
sy lepasan asasi sains uitm s.alm n skrg mnunggu result upu bg dgree... my cgpa is only 3.78..my 8th choice is biomedic um but i'm not realy know bout this course... adakah kos ini membolehkn turut brgelar doc? adakah sy ada hrapan tuk dpt kos nie???
at least brape cgpa utk dpt kos nie dgn perssaingan yg tramat kuat skrg nie???
saya baru dapat tawaran biomedic kat ukm... xterfikir pon... anyone can help?? blur la untuk kerjaya ni
kepada saudari athirah, terima kasih atas perkongsian..
saya nk tnye sikit=) erm, ap beza kerjaya Medical Lab Technologist(MLM) dengan tugas pegawai biomed seperti yg saudari nyatakan di perkongsian no 1.. thanx=)
Salam..ada perbezaan tak d antara kejuruteraan bioperubatan dengan sains bioperubatan?..........
zaman sekarang graduan biomedic senang dapat kerja tak?
apa beza antara bioteknologi dan bioperubatan? help me plz!~
bidang keje dalam kos bioperubatan sgt meluas lbih2 lagi dlm bdg kejuruteraan bioperubatan......bidang ini bole trbhgi pada byk cbg, hospital, syrikt2 yg mngeluarkan alatan bioperubatan n di kilang2....kerjaya ni x bosan mse kje coz dia lbih pada communication kite dgn org mcm mne nk terangkan penggunaan altn perubtan cntoh2 ecg, eeg, mesin hemodylisis n lain2.
sng cite eng.biomedic ni mcm doc mesin...
klu brkrje di syrikt , kite brpeluang pergi overseas coz nk survey sebut hrga disana, lgipula altn mesin medic byk keluar dri jerman n hongkong
sy cerita ni brdsrkn pnglaman sy sbgai graduan biomedic electronic eng. di unimap perlis...
sekadar ingin berkongsi pendapat
pelajar sains bioperubatan kat universiti awam ni berpeluang tak ditawarkan utk tukar course kpd medic.sbb kebanyakan univ.kat overseas ada yg buat camtu.
salam. sy dpt biochem ukm. tataw pape pon. bgus ke corse nie? anyone plez... spe2 nk bg pndpt.. kindly email me. blinkblank23@yahoo.com. i really need them. tqsm
Salam, saya dapat tawaran bidang genetik d UKM, apa bidang kerja untuk graduan genetik? tq
Is there any professional body in Malaysia relate to Biomedical Science?
bagaimana dengan tangga gaji bagi kerjaya kejuruteraan bio perubatan...
assalamualaikum...
sekarang saya adalah pelajar tahun 2 di asasi UIA,PJ.
saya mengambil bidang jurusan sains kesihatan. Dalam bidang sains kesihatan memang sangat luas dan banyak cabangnya... tapi pilihan saya adalah radiologi dan sains bioperubatan. boleh sesiapa disini leh tolong bagi gambaran asas tentang dua kerjaya ini.
terima kasih kerana sudi membantu.
bioperubatan boleh mintak keje as cardiovascular technologist..
Assalamualaikum..
saya student diploma electrical engineering.. masih terfikir2 coz ape nk amek..cuma nak tanya, kalau tak pernah amek biology, tak penah blaja pon..
boleh ke amek coz bioperubatan ni?
Post a Comment