Monday, December 29, 2008

Mesyuarat Protem Penubuhan Persatuan Bioperubatan Malaysia


13 Disember 2008 – Mesyuarat Protem Penubuhan Persatuan Bioperubatan Malaysia telah diadakan. Seramai 26 orang ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada kalangan professional dan pelajar menjadi ahli utama dalam pembentukan Persatuan. Misi utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendapatkan SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Bacaan perlembagaan pertubuhan telah dilaksanakan dan kata sepakat telah dicapai untuk meluluskan perlembagaan tersebut. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Jauhari b Razali, pelajar tahun akhir UKM di Bilik Seminar 02 Blok J. Mesyuarat telah sebulat suara untuk memilih Dr Mohd Aris Mohd Moklas sebagai Presiden pertama Persatuan di bantu oleh Setiausaha Agongnya, saudari Hafizah Ariff.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP