Thursday, January 1, 2009

Penubuhan Kelab Sains Bioperubatan UIAM

Satu perbincangan telah diadakan untuk menubuhkan kelab khas yang mewakili pelajar-pelajar sains bioperubatan di UIAM pada 1 Januari 2009 di kampus UIAM Kampus Kuantan. Untuk makluman, Jabatan Sains Bioperubatan UIAM diletakkan di bawah Kuliyah Sains (baca: fakulti) yang mengandungi 3 buah jabatan: Sains Bioperubatan, Bioteknologi dan Sains Perkomputeran and Teoritikal dan pelajar-pelajar di bawah kuliyah ini diwakili oleh Persatuan Pelajar-pelajar Sains (SCIENCESS) UIAM. Namun, tiada badan khas yang mewakili pelajar sains bioperubatan UIAM secara khusus yang tidak memungkinkan penyertaan ke dalam Persatuan Bioperubatan Malaysia kerana SCIENCESS merangkumi 3 buah jabatan yang berlainan.

Justeru, satu perbincangan telah diadakan bersama wakil-wakil setiap tahun dalam kalangan pelajar sains bioperubatan UIAM. Dalam perbincangan tersebut, beberapa orang pelajar telah dilantik untuk meneraju kelab tersebut. Saudara Zaffar Ali dilantik sebagai Presiden, Saudara Anwar Yassin sebagai Naib Presiden, Saudari Zakiah sebagai Setiausaha dan dibantu oleh Saudari Afifah manakala Saudara Zamri bertindak sebagai Bendahari.

Dengan tertubuhnya kelab ini diharapkan dapat memacu kesatuan pelajar-pelajar sains bioperubatan di UIAM dan menjadi medium perantara untuk mengukuhkan hubungan sesama pelajar-pelajar dalam jurusan yang sam di universiti-universiti lain selain menjadi suara kepada ahli-ahlinya dalam hal-hal berkaitan kebajikan pelajar.

6 comments:

joe_lobu January 2, 2009 at 12:57 AM  

i m really impress..bile dah ade persatuan, kite boleh suarakan pandangan

Unknown January 3, 2009 at 12:26 AM  

joe sangat betol! :D

Anonymous January 4, 2009 at 4:06 AM  

Salam semua (especially 2 jejaka ensem Joe & Zack).

Aku tak berapa pandai dgn. blog ni Lagipun aku rasa bahan2 yg. nak dimasukkan musti kena tapis dulu.

Jadi apa2 item yg aku dah kasi, kau boley tapis dan tempel kat blog ni.

ps: BTW cam na nak buang iklan jual kereta, loan shark etc kat dalam mailgroup?...mereka ni tak faham betapa seriusnya kita dgn sains biomed dan bukan nak buang masa tak tentu pasal (aku kalu nak beli keta terus je jumpa kat kedai!).

hamdi-Norwich, UK

Its me January 5, 2009 at 9:39 PM  

lebih memudahkan penyampaian maklumat

azrul January 10, 2009 at 6:17 AM  

Oleh kerana komunis yang majoriti terdiri dari orang Cina cuba mengambil alih kuasa bila Jepun kalah maka New Villages dibuat untuk menempatkan orang2 Cina yang merupakan Communist sympathiser ini.

Sekarang orang Cina melalui DAP berkuasa di Perak dan dari 0 hendak memberi tanah kepada 140, 000 orang Cina secara tetap.

Ada beza nasib orang Melayu dengan Palestin. Yang sedih DAP mendapat sokongan dari talibarut PAS macam
Fatah yang setuju memberi tanah hak milik kekal kepada Cina.

Oleh itu janganlah bersedih sangat mengenai palestin kerana nasib kaum kau sendiri tak terbela...

semut seberang laut nampak...gajah..tak nampak

Anonymous January 11, 2009 at 2:43 AM  

Salam..bagusla dah ada kelab di UIAM..kite pun dah nak ada Persatuan BioMed kan ;)

-RYHN-

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP