Wednesday, January 21, 2009

Sekilas Pandang Sains Bioperubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jabatan Sains Bioperubatan di kampus Kuala Lumpur,Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada 1 September 1992. Ia telah mendapat pengiktirafan sepenuhnya dari Pengiktirafan Institut Bioperubatan (IBMS UK). Bilangan kakitangan akademik mulanya adalah seramai 16 pensyarah dan 17 tutor. Walaupun ianya agak baru tertubuh, program akademik serta penyelidikannya dikira agak kukuh dan begitu menyerlah di UKM.

Ini adalah kerana sebahagian besar kakitangan akademik adalah yang telah lama bertugas di Fakulti Perubatan,KL atau Fakulti Sains Sumber Alam di Sabah.Tenaga pengajar buat masa ini menumpukan perhatian mengajar modul berikut: Anatomi, Biokimia, Mikrobiologi Perubatan dan Imunologi, Parasitologi dan Entomologi, Patologi, Farmakologi, Toksikologi,
Fisiologi, dan Kesihatan Masyarakat serta Biostatistik.

Berbagai bidang penyelidikan dijalankan,umpamanya pengkajian ketoksikan bahan dari timun-laut sehingga mendapatkan cara menghasilkan reagen yang berinteraksi dengan susu getah untuk mengesan rotavirus didalam sampel feses. Kebanyakan projek penyelidikan dibiayai oleh pihak kerajaan melalui peruntukan IRPA, peruntukan Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar, pihak universiti sendiri serta dari peruntukan khas untuk perkembangan program bioteknologi.Pembiayaan ini memberi peluang kepada kakitangan akademik mendalami berbagai masalah didalam bidang sains bioperubatan.
Justeru itu, hal ini telah memberi peluang untuk penuntut tahun akhir serta juga peringkat pascasiswazah memanfaatkan ilmu dalam menjalankan projek masing-masing serta mempelajari kemahiran saintifik dan kaedah penyelidikan.


Antara kejayaan yang berharga yang telah di capai oleh Jabatan Sains Bioperubatan di UKM ialah mendapat Sijil Penghargaan Anugerah Khas yang dimenangi oleh pensyarah Program Sains Bioperubatan dalam Ekspo Penyelidikan & Inovasi 2005 UKM, Sijil Penghargaan Pingat Emas yang dimenangi oleh pensyarah Program Sains Bioperubatan dalam Ekspo Penyelidikan & Inovasi 2005 UKM, lawatan pensyarah Sains Bioperubatan ke University Science & Technology, Sanaa di Yemen, pada Oktober 2004, lawatan pensyarah Sains Bioperubatan ke National University of Singapore (NUS), pada tahun 2007, lawatan pensyarah dan pelajar Sains Bioperubatan ke Mesir dan beberapa universiti terkemuka di sana seperti Universiti Ain Shams dan Universiti Al-Azhar.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP