Perancangan Masa Depan
Sekiranya Persatuan Bioperubatan Malaysia berjaya ditubuhkan dan mendapat kelulusan daripada ROS, berikut adalah antara rancangan-rancangan yang diharapkan dapat direalisasikan:
- Mengumpulkan ahli persatuan dari graduan Bioperubatan di seluruh Malaysia termasuk mengadakan lawatan ke universiti yang menganjurkan program Bioperubatan dan mendaftarkan semua mahasiswa Bioperubatan.
- Mengadakan Mesyuarat Agung sebelum tarikh 31 Mac atau Mesyuarat Agung Khas selepas 31 Mac. Minit Mesyuarat ini hendaklah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM/ROS) setelah tertubuh persatuan.
- Menghantar wakil Persatuan ke Persidangan, Konvensyen, Seminar, Konferens, atau Mesyuarat dengan badan-badan atau agensi berkaitan. Selain itu, wakil persatuan akan dihantar untuk menghadiri perbahasan Akta DNA dan Akta Makmal Patologi atau Akta-akta lain yang berkaitan.
- Mengadakan konferens dengan pihak media dengan menimbulkan isu-isu yang dapat mempublisitikan Persatuan.
- Mengadakan persidangan Bioperubatan Se-Malaysia yang mengumpulkan semua ahli-ahli yang berkaitan dengan Bioperubatan.
- Merangka hala tuju Bioperubtan bagi sesuatu jangka masa yang ditetapkan.
- Mengadakan seminar Bioperubatan ke seluruh Malaysia untuk menghebahkan dan memberi kesedaran tentang kepentingan Bioperubatan.
- Mewujudkan Malaysian Institute of Biomedical Sciences (MIBMS). Seterusnya bekerjasama dengan unit-unit dari Sains Kesihatan Bersekutu yang lain untuk menubuhkan Institut Sains Kesihatan Bersekutu Nasional yang akan menjadi penggerak dan pusat informasi berkaitan dengan Sains Kesihatan seluruh Malaysia.
- Memperhalusi dan menyelaraskan perjalanan program-program pra-siswazah di universiti-universiti Tempatan.
Sebarang maklum balas boleh dicadangkan untuk menguatkan lagi Persatuan ini. Bagi jangka masa 10 tahun lagi, harapan untuk mewujudkan golongan Bioperubatan yang berpengaruh seperti yang dirancangkan oleh ahli mesyuarat protem yang lepas seperti mewujudkan MIBMS.
Jika ada sebarang permasalahan mengenai perkara-perkara yang disebutkan di atas, anda boleh menghubungi:
Mohd Jauhari B Razali (joe)
Sains Bioperubatan UKM
0179625446
0 comments:
Post a Comment