Wednesday, January 21, 2009

Perjumpaan Kelab Sains Bioperubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia Kali Pertama 2009

Pada 17 Januari 2009, Kelab Sains Bioperubatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan satu perjumpaan dengan Kelab Bioperubatan Universiti Putra Malaysia yang bertempat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM di Serdang.
Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk:
i. Mengenali dengan lebih dekat ahli-ahli kelab Bioperubatan UKM dan UPM agar
mudah untuk melakukan usahasama di antara Kelab Bioperubatan di 2 IPTA.
ii. Mengadakan kerjasama untuk mengaktifkan Kelab Bioperubatan Se-Malaysia.
iii. Membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah diadakan dan bakal diadakan.
iv. Merancang usahasama yang bakal diadakan diantara Kelab Bioperubatan UKM dan UPM.

Seramai 17 orang mahasiswa dari Kelab Sains Bioperubatan UKM diketuai oleh Presiden kelab Firdaus b. Rosli telah menyertai perjumpaan ini. Kami bertolak pada pukul 4.00 petang dan sampai di Stesen KTM Serdang pada pukul 5.30.Kemudiannya, kami dijemput oleh 3 orang mahasiswa Kelab Bioperubatan UPM iaitu Mohd Fauzi, untuk menaiki bas ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM bersebelahan dengan Hospital Serdang. Kami disambut baik oleh pihak UPM setibanya di fakulti tersebut. Kami di bawa melawati sekitar kawasan fakulti dan kolej penginapan FPSK. Kami amat mengagumi kemudahan dan persekitaran di FPSK kerana landskapnya menarik dan mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif- suasananya nyaman dan jauh dari tempat yang sesak. Sekitar pukul 6.30 petang,kami dijemput untuk menjamu selera bersama-sama. Kemudian, bersolat maghrib di surau FPSK.

Perjumpaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1 di FPSK dan bermula pada pukul 8.15 malam.Kami dikumpul mengikut portfolio kelab masing-masing- kelihatannya ,tiada perbezaan di antara UPM dan UKM kerana kami bercampur. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Presiden Kelab Bioperubatan UPM iaitu Shawn Keng Teck Ee. Seramai 10 orang ahli jawatankuasa Kelab Bioperubatan UPM menghadiri perjumpaan ini.
Berikut merupakan aturan sepanjang perjumpaan :
1. Sesi pengenalan oleh kedua-dua kelab
2. Pembentangan aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan sepanjang penubuhan kelab masing-masing.
3. Perancangan aktiviti yang bakal diadakan
seperti Kem Kepimpinan,Simposium Bioperubatan,dan Kem Rekreasi.
4. Perbincangan mengenai penubuhan Kelab Sains Bioperubatan Se-Malaysia.
5. Sesi dialog
dimana dalam sesi ini,kami saling bertukar-tukar pendapat mengenai bagaimana menjana kewangan kelab, mengadakan kesepakatan antara dua IPTA terkemuka ini secara berterusan, masa hadapan Bioperubatan di Malaysia,peluang mengadakan usahasama dalam beberapa aktiviti seperti penyertaan ahli Kelab BIoperubatan UPM di dalam Kem Kepimpinan Siswa pada Mac ini dan Simposium Bioperubatan UPM-UKM pada tahun 2010.
6. Sesi bergambar di antara Kelab Bioperubatan UKM dan UPM.


Perjumpaan ini tamat pada pukul 10.30 malam dan kemudiannya diadakan sesi bergambar kenangan di antara kami. Selepas itu, kami diberi sedikit jamuan ringan sebelum kembali ke Kolej Tun Syed Nasir, UKM kampus Kuala Lumpur. Kami pulang pada pukul 11.30 malam dengan menaiki bas FPSK UPM.

Secara keseluruhannya, perjumpaan ini telah memberikan peluang kepada kesemua ahli-ahli organisasi Bioperubatan UPM dan UKM untuk meluahkan pendapat masing-masing. Ia dijalankan dalam suasana yang cukup harmoni kerana kami amat senang dengan layanan yang sangat baik diberikan oleh pihak Kelab Bioperubatan UPM. Apa yang kami harapkan, kami Kelab Sains Bioperubatan UKM akan cuba untuk meneruskan kesinambungan mengaktifkan kembali Kelab Bioperubatan Se-Malaysia dengan mengadakan serta menerima lawatan dari universiti-universiti lain seperti UIA, UM dan USM.

Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Sains Bioperubatan
UKM di FPSK, UPM


~ kmY~

0 comments:

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP